Афонина Татьяна фотограф Москва

Хотите запечатлеть незабываемые моменты? Доверьте свои фотографии профессионалу! Услуги талантливого фотографа - гарантия качественных снимков и восхитительных портретов.

Посмотреть портфолио

Siti Nurhaliza

Pandang Pandang Jeling Jeling

  malaysia  pop  female vocalists  malay  melayu
317,00 прямо сейчас

Текст песни Siti Nurhaliza - Pandang Pandang Jeling Jeling

Siti Nurhaliza - Pandang Pandang Jeling Jeling слова песни



Cincin intan bunga selasih
Mari dipakai di waktu petang
Kenapa tuan tak mahu berkasih
Adakah orang akan melarang

Kain sarong kain terendak
Memanglah manis kalau dipakai
Kalau takut dilambung ombak
Jangan berumah di tepi pantai

Menjeling, menjeling ku bertentang...
Mata kita sama memandang,
Ku cuba, ku cuba nak bertanya,
Siapa diakah namanya,

Menjeling, menjeling ku bertentang...
Mata kita sama memandang,
Bercakap, bertanya dan bermesra,
Jangan sampai datang rumah.

Tuai padi musim dah tiba,
Mari menuai di waktu pagi,
Kalau begini malang menimpa,
Biar kuturut kata hati.

Bunga selasih permainan budak,
Daun sehelai dimakan kuda,
Bercerai kasih bertalak tidak,
Seribu tahun bertemu juga.

Menjeling, menjeling ku bertentang...
Mata kita sama memandang,
Ku cuba, ku cuba nak bertanya,
Siapa diakah namanya,

Menjeling, menjeling ku bertentang...
Mata kita sama memandang,
Bercakap, bertanya dan bermesra,
Jangan sampai datang rumah.

Kereta kuda pedati lembu,
Singgah mari di tepi kuala,
Tuan sutera, saya belacu,
Manakan sama berganding sama.

Burung jelatik sarang kedidi,
Sarang tempua, sarang berjuntai,
Sungguhpun cantik sutera diuji,
Belacu juga tahan dipakai.

Menjeling, menjeling ku bertentang...
Mata kita sama memandang,
Ku cuba, ku cuba nak bertanya,
Siapa diakah namanya,

Menjeling, menjeling ku bertentang...
Mata kita sama memandang,
Bercakap, bertanya dan bermesra,
Jangan sampai datang rumah.

Другие песни Siti Nurhaliza:

Siti Nurhaliza - Lelaki (warkah seorang anak)
3 месяца назад 234,00 (не задано)
Siti Nurhaliza - Lela Manja
1 день назад 311,00 (не задано)
Siti Nurhaliza - Langkah Di Persada
1 день назад 219,00 (не задано)
Siti Nurhaliza - Laksamana Mati Dibunuh
1 месяц назад 312,00 (не задано)
Siti Nurhaliza - Lakaran Kehidupan
5 месяца назад 231,00 (не задано)